5 SEBAB KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN SAMPINGAN

Kenapa saya pilih shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan saya? Ada orang cakap yang jual produk kesihatan ini susah sebab kita juga perlu banyak maklumat berkenaan kesihatan dan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Ala, anggap jelah kita ambil kursus sains dan biologi tambahan selepasa tingkatan 5. He he he. Ia menjadi pilihan saya sebab, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi manfaat produk Shaklee kepada orang ramai supaya sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan sejak dari awal lagi. Tetapi, kenapa mesti Shaklee? padahal banyak lagi syarikat atau produk yang juga merupakan makanan tambahan yang kadangkala harganya lebih murah dari barangan Shaklee. Takpe, nanti saya terangkan lagi kenapa saya pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan saya. Eh, mana tahu sebagai sumber pendapatan utama juga. Wallahualam.



Sekarang ni saya nak bongkarlah sebab sebabnya, ia pilihan utama saya dan apa yang saya nampak dari mentor saya sendiri iaitu kakak saya ( DAMIA PIT SHOP ), apa yang beliau sudah lalui dengan Shaklee selama 5 tahun penglibatannya ( dari tahun 2012). Saya memula tidaklah begitu meminati untuk join menjual produk kesihatan yang terlalu menjurus kepada kesihatan manusia yang lebih mendalam, saya suka membuat perniagaan yang lebih mudah seperti menjadi ejen menjual baju, menjual blouse, tudung dan sebagainya. Tak perlu nak memerah otak memikirkan produk mana yang perlu dan sesuai di rekmenkan kepada pelanggan, tak perlu nak membaca buku buku ilmiah dan apa jua yang berkaitan dengan nutrisi dan keperluan kesihatan manusia. Tetapi, bila ada sesuatu berlaku dan ia meninggalkan kesan dalam hidup saya sekeluarga, maka saya berkata pada diri saya "why not saya kongsi manfaat produk Shaklee ini kepada orang ramai?".




KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN 

1) SYARIKAT YANG KUKUH DAN DIKENALI

Shaklee merupakan syarikat pengeluar makanan tambahan yang sudah lama bertapak di dunia dan sudah lama berada di Malaysia. Hampir 30 tahun penubuhannya di Malaysia. Bertapak di Amerika Syarikat pada tahun 1956, ia semakin kukuh dan teguh berdiri untuk terus mengeluarkan produk produk kesihatan yang terbaik pada masa kini untuk orang ramai.

Malahan tidak pernah lagi saya mendengar keluhan dari akak saya mengenai pembayaran bonus yang lambat atau tidak masuk terus. Bila kita memilih syarikat yang kukuh dan teguh, kita tidak akan risau pasal bonus di bayar lambat, atau bonus tidak dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan. Ia sentiasa awal dari kebiasaannya dan malahan kekadang terlalu awal.

latar belakang syarikat Shaklee yang menarik juga antara sebab saya memilih untuk bersama dengan Shaklee.

2) PRODUK YANG ADA KAJIAN PEMAKANAN SUPLEMEN / MAKANAN TAMBAHAN

Ini adalah punca utama kenapa saya memilih untuk menjual produk Shaklee. Tidak banyak produk di dunia ini lagi lagi produk makanan kesihatan yang mempunyai kajian pemakanannya sendiri.

Yang ini nanti saya akan buat artikel khas berkenaan nya kerana ia terlalu panjang untuk dihuraikan dalam artikel kali ini. Akan tetapi, sekiranya anda ingin membaca, anda boleh klik link di bawah :-


3) FALSAFAH SYARIKAT SHAKLEE

saya juga tertarik dengan falsafah syarikat Shaklee yang mementingkan kesihatan manusia dari segi keperluan nutrisi, penjagaan kesihatan seharian, penjagaan kecantikan serta penjagaan kebersihan rumah.
Selama 100 tahun, pelbagai generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu untuk lakukan iaitu menghasilkan produk yang selamat secara semulajadi DAN ianya terbukti berkesan.

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik untuk semua. Shaklee melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa dan kita sebagai pengguna akan sentiasa mahu berkongsi cerita dengan keluarga dan rakan mengenainya. 

Malahan setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan semestinya mesra alam. 


4) LANDMARK STUDY - kajian yang penting dari segi saintifik

Ini lebih mengujakan saya!! punyalah Shaklee ni komitmen kepada produk kesihatan untuk memastikan orang ramai yakin dengan produknya, Shaklee telah bekerjasama menjalankan penyelidikan klinikal dan saintifik sehingga hampir 100 pembentangan dan terbitan kertas santifik yang menunjukkan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda.

kebanyakannya diterbitkan dalam jurnal saintifik penilaian sejawat ( pakar pakar lain dalm bidang berkaitan) untuk kemajuan sains, kesihatan dan dunia kita. ( layari http://healthresource.shaklee.com ) untuk maklumat lanjut.



Shaklee juga telah melabur lebih dari USD300juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan R&D produknya. Kagum sungguh dengan kesungguhan mereka untuk memastikan produk merek benar benar berkesan dan tidak mendatangkan msalah kepada kesihatan manusia. Malahan, ada lebih 100,000 ujian klinikal dilakukan setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesan produk. Saya pernah dengan dari akak saya yang Shaklee pernah berhentikan pengeluaran sesuatu produk kerana salah satu bahan produk tersebut tidak mencapai piawai yang ditetapkan oleh Shaklee. sampai begitu sekali ketelitian mereka dalam menghasilkan produk produk mereka.

5)  PENDAPATAN TANPA BATAS

Hah, ini yang nak tahu sangat kan? seperti MLM lain, ada bonus atau komisen yang akan diberikan kepada pengedar mengikut jualan mereka. Yang membezakan nya ialah, walaupun masa tu bonus kita sudah mencapai RM1juta, Shaklee tetap akan membayarnya tanpa ada halangan. Hah...bestkan?? itu namanya pendapatan tanpa batas. Tiada jumlah yang ditetapkan oleh pihak Shaklee.

Dan juga, ia tidak mengamalkan sistem piramid yang mana, hanya orang je makin bertambah kaya sedangkan orang bawah berusaha bersungguh sungguh. Sistem Shaklee sangat adil yang mana, hanya mereka yang benar benar buat jualan yang akan dapat hasil yang menggalakkan. Sekiranya upline tidak membuat jualan, ia tidak akan mendapat seperti mana orang bawahnya akan dapat. Ia diperakui oleh kakak saya yang mana ia cakap, income 2nd levelnya lebih tinggi dari dia. Sedangkan dia adalah upline. Dari situ saya sudah nampak keistimewaan Shaklee ni. Bukan saya dari pengeluaran produk yang terbaik malahan, sistem pemasaran dan jagaan kepada ahli ahli nya juga sangat terbaik!!!.

JADI??? perlukah saya memalingkan hati saya dari memilih Shaklee?? anda juga ingin menjadi ahli seperti saya? atau ragu ragu nak join dengan saya? tonton video ini




best tak? group kami memang sangat happening. Bukan semata mata berkenaan jualan produk, malahan kami ada ikatan kekeluargaan yang erat. Family day, seminar, cross coaching dan sebagainya. Dan part yang best, akak saya cakap, kita boleh bawak anak anak ke kelas/pogram yang dibuat oleh kumpulan kami atau SHaklee ( ada sesetengah majlis formal, tidak digalakkan bawa anak anak). Berminat ingin sertai saya??



Jadi, sekiranya berminat, jangan malu malu untuk hubungi saya ( sekadar untuk bertanya mengenai produk pun boleh, untuk memudahkan anda membuat keputusan produk apa yang anda perlukan) sebelum membeli.

NAMA : SITI NUR SHAKIRAH BINTI SALEH
PERSONAL FB : SITI NUR SHAKIRAH SALEH
WA : 012 - 749 8170 / 013 - 7374 958
INSTAGRAM : healtybeautywithshakirah

okey?? jadi jangan lupa dengan saya. PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI SERTA PENGEDAR SHAKLEE POLIMAS !!

jaga kesihatan dari awal tau. Nanti bila dah sakit, sukar untuk dapatkan kembali kesihatan tu semula.

Comments

Post a Comment

Popular Posts